"Manusia akan mati bila-bila masa,tetapi TULISAN boleh kekal selama mungkin..
Tulislah perkataan yang boleh menyebabkan kita GEMBIRA di akhirat kelak.."

Tuesday 8 January 2013

Kawan . Teman . Friend . Sahabat .

 Allah SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)

Tidaklah dapat kita mengenal orang lain melainkan dengan 3 waktu. tidak dapat diketahui adakah seseorang itu pemaaf melainkan keika dia marah. Tidak dapat dikenal seseorang itu berani melainkan pada waktu berjuang. Tidak dapat dikenal sahabat melainkan waktu kesusahan.

Rasulullah S.A.W pernah bersabda bermaksud: 

"Tidak sempurna iman kamu jika kamu tidak mengasihi kawan lebih daripada kamu mengasihi diri sendiri"

Allahu Rabbi,, aku di kelilingi sahabat-sahabat yang baik. Sangat bersyukur, Alhamdulillah Ya Allah kerana mengurniakan kepada ku sahabat-sahabat yang amat istimewa. ♥ antum kerana Allah.


Sebahagian daripada mereka.
Dari kiri : Mus dan Rahimi

Drri kiri : Mus, Admin, Rahimi
Nota : Lain2 fren adop gambo nk buh

Firman Allah SWT bermaksud:
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya."
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Kamu tidak akan pernah memiliki teman jika mengharapkan seseorang tanpa kesalahan kerana semua manusia itu baik kalau kamu dapat melihat kebaikannya dan menyenangkan kalau kamu dapat melihat keunikannya.Tetapi semua manusia itu akan buruk dan membosankan kalau kamu tidak dapat melihat kedua-duanya.

notes : ayat entah dari mana.. bunyinya begini :-


Sahabat adalah mereka yang tahu semua kekuranganmu, namun tetap memilih bersamamu ketika orang lain meninggalkanmu.

walau apa pun, kita sendiri yang menilai.. :D

sekian~


xoxo A




No comments:

Post a Comment