"Manusia akan mati bila-bila masa,tetapi TULISAN boleh kekal selama mungkin..
Tulislah perkataan yang boleh menyebabkan kita GEMBIRA di akhirat kelak.."

Thursday 28 February 2013

Bukan Milikku


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Terputus cinta memang menyedihkan. Harus diingat bahawa perpisahan itu ditentukan oleh jarak dan masa. Kalau bersedih kerana cinta terhalang dan tidak kesampaian, anggaplah kesedihan itu seperti hujan – walau lebat atau lama sekali pun pasti akan reda jua. 



Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.


"…boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. ” (Surah Al-Baqarah Ayat 216) 

Ya Allah..
hati ini jatuh cinta. cinta pada insan ciptaan-Mu. hidup ku indah dengan cinta. tp, boleh kah aku meminta kepada-Mu, satu cinta dari kalangan ku yg mampu membawa aku bertemu dengan-Mu...?



" Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)” (Surah An-Nuur Ayat 26) 

 


Cukuplah cintai dia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan

kerana tiada yang tahu rencana-Nya
 mungkin rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan
 kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikan…



xoxo A

No comments:

Post a Comment