"Manusia akan mati bila-bila masa,tetapi TULISAN boleh kekal selama mungkin..
Tulislah perkataan yang boleh menyebabkan kita GEMBIRA di akhirat kelak.."

Friday 1 March 2013

Salam Dari Kejauhan



 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Sebagai manusia, memang kita dilahirkan dengan sikap yang tidak pernah puas dengan apa yang ada. Kita sering membandingkan diri kita dengan sesuatu yang lebih baik sedangkan ramai lagi insan yang lebih teruk kehidupannya. Kita selalu mengeluh dan berandaian. Kita juga selalu menganggap bahawa kehidupan ini tidak adil.

Jika ini yang berlaku pada diri kita, cepat-cepat la beristighfar dan memohon ampun kepada Allah. Ini kerana perbuatan kita yang sering mengeluh, menganggap hidup ini tidak adil telah menunjukkan seperti kita telah mepertikaikan segala ketentuan Illahi. Kita perlu sedar, apa yang berlaku ini ada hikmahnya.






Walaupun mereka kecil, tetapi mereka-meraka ini tetap menghargai apa yang diberi. Saya senang dengan mereka.






Mereka bukan sahaja pandai menghargai, tetapi kreatif. Mereka tahu apa itu persahabatan dan telah mentafsirkan persahabatan itu mengikut fahaman mereka sendiri. Itu yang saya suka.








Rindu sangat suasana di kampung. Terlalu banyak suka duka bersama mereka. Saya belajar erti sabar, memaafkan dan faham apa itu kasih dan sayang.





p/s : We live, we love, we forgive and never give up, cause the days we are given are gifts from above so today we remember to live and to love.



xoxo A