"Manusia akan mati bila-bila masa,tetapi TULISAN boleh kekal selama mungkin..
Tulislah perkataan yang boleh menyebabkan kita GEMBIRA di akhirat kelak.."

Tuesday 8 January 2013

Kawan . Teman . Friend . Sahabat .

 Allah SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)

Tidaklah dapat kita mengenal orang lain melainkan dengan 3 waktu. tidak dapat diketahui adakah seseorang itu pemaaf melainkan keika dia marah. Tidak dapat dikenal seseorang itu berani melainkan pada waktu berjuang. Tidak dapat dikenal sahabat melainkan waktu kesusahan.

Rasulullah S.A.W pernah bersabda bermaksud: 

"Tidak sempurna iman kamu jika kamu tidak mengasihi kawan lebih daripada kamu mengasihi diri sendiri"

Allahu Rabbi,, aku di kelilingi sahabat-sahabat yang baik. Sangat bersyukur, Alhamdulillah Ya Allah kerana mengurniakan kepada ku sahabat-sahabat yang amat istimewa. ♥ antum kerana Allah.


Sebahagian daripada mereka.
Dari kiri : Mus dan Rahimi

Drri kiri : Mus, Admin, Rahimi
Nota : Lain2 fren adop gambo nk buh

Firman Allah SWT bermaksud:
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya."
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Kamu tidak akan pernah memiliki teman jika mengharapkan seseorang tanpa kesalahan kerana semua manusia itu baik kalau kamu dapat melihat kebaikannya dan menyenangkan kalau kamu dapat melihat keunikannya.Tetapi semua manusia itu akan buruk dan membosankan kalau kamu tidak dapat melihat kedua-duanya.

notes : ayat entah dari mana.. bunyinya begini :-


Sahabat adalah mereka yang tahu semua kekuranganmu, namun tetap memilih bersamamu ketika orang lain meninggalkanmu.

walau apa pun, kita sendiri yang menilai.. :D

sekian~


xoxo A




Monday 7 January 2013

Berakhir Sudah :D


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada sahabat-sahabat seperjuangan sekalian.

Exam telah pun berakhir maka bermula lah episod 'mabuk-mabuk'. haha
Jangan salah faham.

Kita semua setiap orang mempunyai tugas dan tanggungjawab masing- masing. Kita semua sibuk dengan kerja- kerja kita masing- masing sehingga adakalanya kita terlupa, terabai dan terlepas pandang pada tugas asasi kita iaitu kerja mengajak diri dan orang lain kepada penghayatan Islam yang sebenar, mengajak kepada Allah swt. 


Teringat pesan seorang murabbi, sibukkanlah diri kita dengan amal qawi iaitu amal yang mendatangkan pahala di sisi Allah swt. Sibukkanlah diri dengan amal qawi dalam membangunkan kembali umat yang sedang tidur lena. Kerana sifat umur itu, jika kita tidak disibukkan dengan aktiviti- aktiviti Islam, pasti kita akan disibukkan dengan aktiviti- aktiviti yang bersifat peribadi. Sedarilah sahabat- sahabat sekalian, hakikat Islam yang dagang ini. Kita punya tanggungjawab dalam menyelesaikan permasalahan umat Islam sekarang ini iaitu masalah aqidah, masalah iman. Maka, tidak lain dan tidak bukan, KITA PERLU BEKERJA DAN BERGERAK. Bukan lagi hanya pandai dalam berkata- kata.


Apa jua perancangan di musim cuti ini, jaga diri, jaga kesihatan. Selamat bercuti semua. Next sem jumpa lagi. ..



..................................

Episod Aizat


Aizat name die

Telah diberitakan, semalam anak sedara tersayang jatuh tangga tergolek sampai bawah. Alhamdulillah beliau tidak mengalami kecederaan yang teruk. Cuma matanya bernanah akibat tertusuk lidi.  Hanya Allah yang tahu perasaan ini.



wad Hospital Sultanah Nurzahirah KT



sedang makan biskut

hoorey..tangan kne balut..


Sangat-sangat berdoa dan berharap agar kecederaan mata beliau tidak memberi effect masa panjang.
Dan kepada kawan kawan dan para bloggers yang sedang membaca entry ini, mari sama sama kita berdoa supaya Dik Aizat cepat sembuh, dilindungi Allah dan juga dipanjangkan umur. Amin...



sekian, terima kasih.



xoxo A

Sunday 6 January 2013

Sesungguhnya Aku Tak Tahu

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada sahabat-sahabat seperjuangan sekalian.


Alhamdulilah kerana masih dihidupkan lagi pada hari ini. masih lagi diberi peluang untuk beribadat kapadaNya. sedar tak sedar mungkin ada yang terasa dengan diri ini. sepuluh jari disusun memohon ber'infinity' kemaafan andai wujudnya keadaan sedemikian. sesungguh nya diri ini hanyalah insan biasa, pelbagai kekurangan. 

 
Allah swt berfirman yang bermaksud:

 "Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu menyekutukan Dia dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah terhadap kedua ibu bapa dan kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh, rakan sejawat, orang yang musafir dan hamba sahaya. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang takbur dan membangga-banggakan diri" (QS 4:36)

Tegurlah jika nampak salah, Jangan membenci tanpa kata sepatah.


Ya Allah..sesungguhnya aku tak tahu.




"Nuh berkata: Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari memohon kepada Engkau sesuatu yang aku tiada mengetahui (hakikat)nya dan sekiranya Engkau tidak memberi ampun kepadaku, dan (tidak) menaruh belas kasihan kepadaku, nescaya aku termasuk orang-orang yang merugi." (Surah Hud ayat: 47)
"Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain."

Setiap orang yang menegur pasti sedia juga untuk ditegur. Ramai yang tidak mampu lakukan ini. 
Hanya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur. Sebab itu penting apabila menegur ingatkan diri terlebih dahulu, teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri.

bak kata-kata Horatio Caine dalam CSI Miami:

… di penghujung hari jika kita tidak saling membantu, kita akan mati sendirian…



 fi amanillah..(sekadar peringatan untuk diri sendiri sebenarnya)
Sekian sahaja nukilan rasa hati. Terima kasih kerana sudi membaca :D


xoxo A

Saturday 5 January 2013

Senyumlah :)



Dalam senyuman terdapat KEKUATAN yang MENAKJUBKAN dalam membuat jiwa bergembira dan menyenangkan hati. Bahkan, kerana itu Abu Darda' r.a sempat berkata: "Sesungguhnya aku akan tertawa untuk membahagiakan hatiku." Dan Rasulullah sendiri sesekali tertawa hingga tampak gerahamnya. Begitulah tertawanya orang-orang yang berakal dan cerdas yang membawa akibat positif bagi jiwa dan penawar bagi hati yang resah.
    Tertawa adalah merupakan kegembiraan, keceriaan, dan keriangan asalkan yang demikian itu adalah tertawa yang tidak berlebihan dan tidak dimaksudkan dengan mengejek atau mencemuh orang lain.
sebagaimana dikatakan dalam pepatah:
"janganlah terlalu banyak tertawa, kerana terlalu banyak tertawa akan mematikan hati" 

"senyummu kala bertemu saudaramu bernilai sedekah"

  Orang Arab suka memuji orang yang murah dengan senyuman dan selalu tampak ceria. Menurut mereka, perangai demikian itu merupakan petanda kelapangan dada, kedermawan, kemurahan hati, kemuliaan hati, kemuliaan dan kesejukan hati.

Tertawa renyah
terasa menyenangkan lagi dermawan
jika ditunjukkan kepada peminta.. 

Dalam kitab Harim, Zuhair bersyair:

Kau akan melihat sendiri keceriaan wajahnya
jika kau bertemu dengannya..
seolah kau memberikan kepadanya sesuatu
yang kau sendiri memerlukanya...:)


  Pada dasarnya, islam sendiri dibangunkan atas dasar keseimbangan dan keadilan, baik dalam hal akidah, ibadah, akhlak, mahupun tingkah laku. Oleh kerana itu, islam tidak mengenal kemuraman yang menakutkan orang yang melihatnya, dan ketawa yang terbahak-bahak. Akan tetapi sebaliknya, islam sentiasa mengajar supaya menampilkan wajah yang tenang, selalu berseri dan enak dipandang sehingga menyenangkan orang memandang.


  Muram yang durja dan muka yang masam adalah cerminan dari jiwa yang kacau tidak keruan, fikiran yang berkecamuk dan perangai yang buruk:


Wajah mereka hitam legam penuh kemurungan
seolah wajah orang
yang dipaksa masuk ke dalam neraka..
Mereka itu tidak seperti orang ramah
yang pernah kau jumpai..
Pancaran raut wajahnya laksana bintang
yang mengiringi setiap perjalanan..


sabda Rasulullah s.a.w:
  "Meski pun sekadar menampakkan wajah ceria saat kau bertemu saudaramu"


~senyumlah selalu agar semua yang kita lakukan menjadi lebih indah dan bermakna~ 


xoxo A

Friday 4 January 2013

Dear Future Wife


Aku cuba mencari adakah telah layak diri ini membina sebuah baitul muslim? Impian tertinggi seorang mujahidin. Buat masa sekarang terlalu awal bagiku untuk memikirkannya. Sebelum itu perlu aku tegakkan dahulu Islam dalam diri. Kalau dalam diri pun masih tidak tertegak, mampukah aku?
"Tegakkanlah daulah islam dalam dirimu,nescaya islam tertegak di bumimu" (ulama')
 Aku sedar dalam dunia ini tiada insan yang sempurna, namun salahkah aku mencuba untuk menjadi imam yang terbaik untukmu? Aku ingin menjadi yang terbaik dalam mendidik barisan mujahid-mujahidah kita nanti. Salahkah aku? 

Buat dirimu,
Aku tidak mahu menjadi pengganggu hubunganmu dengan Allah. Aku yakin akan janji Allah.

Ya Allah, jika aku jatuh cinta, berikanlah cintaku pada yang cintanya hanya kepadaMu. Agar bertambah kecintaanku padaMu. Jika aku rindu, rindukan aku pada yang rindunya hanya pada peribadi dan perjuangan Muhammad s.a.w, agar bersambung kerinduanku pada RasulMu.Ya Allah, jika aku jatuh cinta, maka permudahkanlah cinta kami di landasan yang Engkau redhai. Namun jika sebaliknya Ya Allah, maka redhakanlah hati kami dan berikan kami pasangan yang lebih baik di masa akan datang. 
 In Shaa Allah, suatu masa hari nanti masanya akan tiba, kerana aku yakin, cintamu itu nanti akan menambahkan lagi cintaku padaNya.

Allah S.W.T berfirman,
 “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” 
(an-Nur’:26)
  Many relationships can't work because sometimes even when you love the person, the timing is just wrong.
p/s : Single and In a Relationship are just titles.
       Your heart determines your true relationship status.

      

xoxo A

Thursday 3 January 2013

Kesabaran itu manis buahnya.

Assalamu’alaikum…


Bahawa dengan sesungguhnya setiap orang ade masalah dan kesabaran amat diperlukan dalam menghadapinya. Allah mempunyai pelbagai cara untuk menguji umatNya. kadang-kadang dalam bergurau ade yang berlebihan. dalam berkata-kata ade yang terasa. dan macam-macam lagi. bukan nak berlagak bagus sedangkan diri sendiri pun terlalu banyak kekurangan.




 just sedikit pedoman untuk diri sendiri dan mungkin bermanfaat untuk sesiapa yang memerlukan. 

Dengan sifat sabar , hubungan persahabatan terus berkekalan walaupun kadang-kadang dalam bersahabat, kita selalu diuji dengan sikap rakan yang mengundang rasa kecil hati.

Bak kata bijak pandai 

Orang yang mengelak pertelingkahan bukanlah bermaksud dia 'kalah'..Tapi kerana syurga telah me'menangi' hatinya.
 kalau nak ikutkan perasaan gurau sikit pun dah tak boleh.
 sikit2 nk emo..
yang penting..sabar~~

masalah itu adalah satu bentuk ujian dan dugaan daripada Allah untuk kita membuktikan sejauh mana tahap keimanan kita kepadaNya.



Firman-Nya yang bermaksud;
                “Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya; “bilakah (datangnya) pertolongan Allah?”. Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah.)
(Al-Baqarah:  Ayat 214) 
 sendiri boleh berfikir di tahap mana kesabaran kita. tepuk dada tanya iman.





p/s : Sabar adalah jalan keluar bagi orang yang tidak dapat menemukan jalan keluar.
        renung-renungkan dan selamat beramal..:D


#sambung study



xoxo A

Wednesday 2 January 2013

Dekat, Tapi Jauh Sangat..


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Sejujurnya, terkadang diri ni masih merasakan bahawa mak masih disisi. Sering mimpikan mak tanda diri ni terlalu rindu. Terasa dekat, tapi hakikatnya hanya Allah yang tahu. Sedih rasanya untuk menghadapi dan masuk ke dalam realiti sebenar bahawa mak yang mendidik dengan kesabaran, membelai dengan kasih sayang, yang memaaf dikala anak-anak melakukan kesilapan, menyakiti hatinya, sudah tiada. 

gambar hiasan


Kadang-kadang terfikir, adakah mak sekarang sedih melihat keadaan anak mak ni yang masih banyak dosa-dosa dilakukan. Mak, dosa yang dilakukan sebetulnya bukan sebab salah atau kurangnya didikan darimu, tapi kerana diri ini terlalu jahil untuk menghadapi kehidupan seorang diri tanpamu di sisi. Bukan salah mak, bahkan sudah banyak tarbiyyah yang diberi oleh mak, cuma diri ni masih lemah melawan kehendak syaitan dan nafsu yang menyesatkan. Maafkan diri ni.



Walaupun berat menelan hakikat bahawa mak sudah tiada, tapi berkat didikan mak yang menyemai iman dalam diri ni untuk mempercayai bahawa manusia tidak kekal, maka terpaksalah diri ini menerimanya.



Buat insan yang masih memiliki ibu, hargailah mereka sementara masih ada, kerana kelak, jika mereka pergi, ketahuilah, hatimu akan sunyi sesunyi malam yang gelap, hatimu pasti akan merintih bahawa betapa berharganya nilai ibu itu. Berbaktilah kepada mereka, kerana ketahuilah, syurga itu di bawah telapak kakinya.
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”


(Al-Isra' 17:24)

Hati ini sentiasa berusaha menjadi hadiah terbaik untukmu, dengan menjadi anak yang soleh yang tidak lupa untuk mendoakan kesejahteraanmu di sana. Ya Allah, rahmatilah ibuku. 
# Al-Fatihah

xoxo A

Tuesday 1 January 2013

Layakkah Aku Menerima Cinta-Mu?


..بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 
Sepanjang hayat ini, banyak perkara yang telah ku lalui.. bermula dari seorang anak kecil yang tidak mengerti apa-apa sehinggalah ke hari ini dapat mengenal soal kehidupan yang penuh tipu daya berkat kurniaan Allah swt. Aku sangat bersyukur kerana dilahirkan dalam keluarga berlatar belakang kan Islam. meskipun pelbagai nikmat telah Allah berikan tetap jua aku mengkufuri nikmatNya. roomateku selalu baca ayat ni. terngiang-ngiang di kepala otakku..
maka nikmat Tuhanmu manakah layak kamu dustakan? (surah Ar-Rahman)

hati hiba mengenangkan dosa-dosa yang ku lakukan
oh Tuhan Maha Kuasa
terima taubat hamba berdosa
ku akui kelemahan diri
ku akui kekurangan ini..




Firman Allah yang bermaksud: Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian dia mohon ampun kepada Allah, nescaya dia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah An-Nisa ayat 110)
untuk diriku+dirimu=kita semua
Pesanan Penaja :

                          Muhasabah mesti diteruskan

                          Tarbiah mesti dimantapkan
                          agar menjadi satu binaan muhafazah yang kukuh..
                          kekurangan santapan rohani di kalangan penyokong Islam
                          akan membuatkan iri syaitan menjelma

                           Bisikkan dalam hati.. ALLAH sangat menyayangi mu..

                           kerana cinta-Nya ku hidup hingga hari ini..
                         


                           hanya kerana cinta-Nya..



xoxo A