"Manusia akan mati bila-bila masa,tetapi TULISAN boleh kekal selama mungkin..
Tulislah perkataan yang boleh menyebabkan kita GEMBIRA di akhirat kelak.."

Wednesday 2 January 2013

Dekat, Tapi Jauh Sangat..


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Sejujurnya, terkadang diri ni masih merasakan bahawa mak masih disisi. Sering mimpikan mak tanda diri ni terlalu rindu. Terasa dekat, tapi hakikatnya hanya Allah yang tahu. Sedih rasanya untuk menghadapi dan masuk ke dalam realiti sebenar bahawa mak yang mendidik dengan kesabaran, membelai dengan kasih sayang, yang memaaf dikala anak-anak melakukan kesilapan, menyakiti hatinya, sudah tiada. 

gambar hiasan


Kadang-kadang terfikir, adakah mak sekarang sedih melihat keadaan anak mak ni yang masih banyak dosa-dosa dilakukan. Mak, dosa yang dilakukan sebetulnya bukan sebab salah atau kurangnya didikan darimu, tapi kerana diri ini terlalu jahil untuk menghadapi kehidupan seorang diri tanpamu di sisi. Bukan salah mak, bahkan sudah banyak tarbiyyah yang diberi oleh mak, cuma diri ni masih lemah melawan kehendak syaitan dan nafsu yang menyesatkan. Maafkan diri ni.



Walaupun berat menelan hakikat bahawa mak sudah tiada, tapi berkat didikan mak yang menyemai iman dalam diri ni untuk mempercayai bahawa manusia tidak kekal, maka terpaksalah diri ini menerimanya.



Buat insan yang masih memiliki ibu, hargailah mereka sementara masih ada, kerana kelak, jika mereka pergi, ketahuilah, hatimu akan sunyi sesunyi malam yang gelap, hatimu pasti akan merintih bahawa betapa berharganya nilai ibu itu. Berbaktilah kepada mereka, kerana ketahuilah, syurga itu di bawah telapak kakinya.
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”


(Al-Isra' 17:24)

Hati ini sentiasa berusaha menjadi hadiah terbaik untukmu, dengan menjadi anak yang soleh yang tidak lupa untuk mendoakan kesejahteraanmu di sana. Ya Allah, rahmatilah ibuku. 
# Al-Fatihah

xoxo A

2 comments: